Wednesday, September 11, 2013

Welcome September! Welcome Final YEAR!

Assalamualaikum!

permudahkan semua urusan ku ya ALLAH!
permualaan September yg slowwww
September please be nice syg.

LOVE
ita :)

Thursday, April 11, 2013

MY BFF Wedding !!!!

Assalamualaikum !

wow lamanya tak update bloggg. alamak ita busy skunk.
busy dgn masalah. masalah duniawi yg tak penah HABIS!
so skunk malas nak ceqita pasai masalah ita tu.
bloq untuk HAPPY bukan utk SEDIH kan?
Taggal 9/2/2013 bermula la detik bersejarah bgi pasangan Nazihah & Shariman.
Ehem awat aku bersejarah sgt ni kikiki.
Nazihah kawan baik aku since Form 3.
Kami memang baik sbb rumah pon dekat. Kelas pon skali.
Yang paling boleh rapat kami pengawas, persatuan semua la sama!
Kawan baik la kata kan nk sama ja kan semua.
So dah nama pon kawan BAIK, kenalah jadi pengapit
untuk TIGA hariii. Ulang suara TIGA hari uolls!
Dalam ita jdi pengapit bermacam ragam la dkt BUTIK tu.
Ok la boleh start belajar kan.
BTW Tahniah Ziha CANTIK! Muah!
Jom tgk GAMBAQQQ.

semasa di ijab kabul kan. bukan pengantin laki je ketaqq. pengatin pompuan pon ketaq. effect skali aku la.
hahaha skali aku ketaq mcm aku pulak yang kahwen.
Tp dgn sekali lafaz Ziha sah bergelar seorg Isteri.
Suami Ziha relex je tp kita mna tau dia ketaq ke tak. kikiki
mungkin dia dulu slalu jdi IMAM time kami skolah dulu.
Ehem suami Ziha adalah senior kami.
sejak bila dan bila depa start bercinta itu adalah rahsia mereka.
tup tup dah tau bercinta. Ni tup tup dah tau nak kahwen.
Ini baru dinamakan JODOH!
DENG! hahaha ini la penyebuk pengapit. 


Macam setahun tak jumpa. Best la dah kahwen. Tahniah lagi. Tahniah lagi!
doakan aku pulak Ziha! arghhh nak khwen jugak!
aku pong teringin nk bersembang sembang ats pelamin!
Berangan jela gamaknya aku ni. =.="

Ceria Pengantin nampak kan? Manis manis!
CANtIK!

Masa ni aku x faham kenapa la aku mcm nak berlari speed 100m.
hahaha mungkin angin kencang masa tu.
maayybbbeee laaa kannn. =="


masa time mkn aku la suka. kalah pengantin.
tp aku cuba cover sebaik mungkin! hahaha


Baju Ziha design sendiri. part tangan part paling aku suka,
seee masok kan warna silver dgn hijau ni.
nnt aku kahwen nk warna apa pulokk =="

Ini Pasangan Pengapit. si lelaki si Fazli nama dia.
senior aku jugak dulu.
masih single. seorang cikgu bahasa Inggeris.
sedang berada di Sarawak.
Pm me for detail!
ewahhh. nnt klo pali baca mati aku woi!
Kami tiga org ni sapa yang kahwen dulu? ehem!
Mesti yang paling lawa dulu kan wani kan! 

Ni si aku la. tak boleh bayang muka aku kahwen nnt. Muka dah la berselerak ja.
Idung pong tak mancung. Pipi pong tak gebuuuu.
Gigi pon herot jeww.
Oh Oh Oh!

Finally! Tahniah Ziha & Shariman!
moga dapat baby cepat cepat.
nnt boleh jdi Flower Girl dan Boy time aku kahwen nnt
so kena bgi dapat dua org Anak la!
Salam sayang dari
ITAshinoda :)

Saturday, February 2, 2013

Ayah cpt Sembuh Yaa :'(

Assalamualaikum :)

DOAKAN AYAH ITA SEMBUH DARI PENYAKIT.
DOAKAN AYAH KUAT HADAPI DUGAAN dariNYA!
AMIN :')

Dulu ayah kuat mkn. semua restaurant baru ayah nk try,. skarang ayah kena pantang mkn.
dan ayh pon makin kurus dan sgt kurus.
kemarin timbang dkt tesco berat ayh hanya 64kg dari 78kg. ehmm sedihnya :'(
dlm masa seminggu berat ayah turn dgn mendadak.
Ya Allah kau sembuhkan lah Ayah aku ;'(

ayah kuat melancong. baru baru ni ajak p Terengganu tp kena berubat jantung dan ayah tak nak operate lagi sbb ayah kata dia still KUAT. :'(
tp sekarang ayah dh tak bole bawa barang berat berat. drive keta pon dh  tak bole.
semhayg dkt surau pon ayh dh tak boleh pergi. solat jumaat nasib adeq boleh balik tiap2 minggu.
adk yg bawa ayah pergi solat jumaat.
ayah tak bole drive sbb cpt rasa penat dan dada rasa ketat. effect sbb tiga saluran jantung ayah dh tersumbat.
Now jaga makan. dh tak bole mkn makanan yg berkolestrol. control. dan aku suruh ayah mkn madu asli,..
Insyaa Allah dgn izin Allah ayah akan sembuh tanpa operation yg mempunyai risiko utk lumpuh. :'(
sekarang ita bersyukur sbb bole jaga ayah 24jam. :)
rasa berat nk tinggal ayah bila start sem baru nih.
Doakan Ayah Ita cepat sembuh dan panjang umur :')
wasalam

Tuesday, January 29, 2013

Alhamduilillah :)

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah dah dkt dua minggu ita dok rumah.
Alhamdulillah exam mcm biasa tp ada jugak soklan yg kurang isinya.
ada yg kurang puas ati. tp ita dah cuba.
sekarang utk tawakal :)
Tutup la tirai 1st sem 3rd year.
tak sabar dan takot jugak nk hadapi final year.
tp tak sabaq nak habiskan degree nih. 
huuooooooraaaaaYyyy! ^____^
sungguh seksa bila berjauahan dgn family aceh bajet jauh sgt kan?
padahal Sungai Petani - Parit Buntaq sejam setengah jeww. hihihihi :p

Please Doakan ita dpt result yg cemerlang 
dan ayah cpt sembuh 
Ya Allah Kau sembuhkanlah ayah aku dari penyakit yg kronik ini
Aminnn :')

Monday, December 17, 2012

SAFAR (1.2.34)

Assalamualaikum

masyaAllah dh lama tak update blog kan?
so bukan busy tp malas dan tak dak cqita merarik nk kongsi
busy dgn study...busy ka? busy dgn life.
simple life but very difficult to travel my own life
ehmmm sigh
01.02.1434
tarikh cantik kan tp tak bermakna cantik jugak kehidupan ini
hari tu la aku senggugut teruk. tak bangun tak mkn tak mandi.
teruk kan? asyik muntah. pinggang tak tau nak ckp la mcm nk tercabut :'(
actually every month aku akn di serang senggugut mcm nih.
TERUK kan?
tp nak buat mcm mna redho jela
redho tu berserah.
:')



so nak bgi ilang kesakitan itu aku ternampak cream pati halia mujarab yg kakak punya.
tu pon dah habis tau dak. ketuk punya ketuk finally ada la skit.
skit pun jdi la utk sapu nak bgi lega skit kan?
Alhamdulillah suam suam sejuk. lega skit dari before.
then aku ambik ayaq panas letak dlm botol then tekapkan ats perut.
fuhhh lega sedikit. :')
syukur :')




 Ada lagi cara nak kurangkan sengugut ni kwn kwn...
petua org tua tua la. lets see :)

Petua 1
Ambil segenggan halia , tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap air td di dahulukan dgn selawat. InsyaaAllah :)

Petua 2

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah pdang atau rumpuh cengkih padang semasa datang haid atau sebelum. 
*errr susah nk dpt nih but lets try :))

Petua 3

Campurkan serbuk halia yg di tumbuk lumat dengan serbuk lada hitam. Kualiti sama byk antara kedua-dua bahan. Isikan dlm kapsul kosong. Makan 2biji selepas mkn tgh hari dan mlm 2 minggu atau seminggu sebelum haid.
*dh mcm org farmasi jeww. ok jom try. InsyaaAllah :)

Petua 4

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.
* ini dah try tp panas perut dan sgt pahit then muntah #sigh~~ :'(

So, tp sebenarnya la kan... dokter dan mak selalu ckp, petua betul-betul nak ilangkan sengugut adalah BERANAK....!
bukan kawin ja  tp kalau kahwen tak beranak still tak hilang jugak sakit tu.
Then make sure la hampa kahwen dulu baru beranak yerr.
InsyaaaAllah Allah akan tolong kalau kita ikut cara yg dihalalkanNYA :)
AMIN

let's berDOA bgi NASYITAH SULAIMAN cpt sembuh dari sengugut :)

WASALAM
salam syg dari
ITAshinoda

Monday, December 3, 2012

Welcome December :)

Assalamualaikum :)

JODOH PERTEMUAN ITU SEMUA DAH DIKETUNTUKAN OLEH ALLAH
KITA SEBAGAI HAMBA HARUSNYA BERSABAR

to mylove bakal suami
sila bersabaq la yer
mendirikan rumah tangga bukan la senang
byk tanggungjawab dan byk persediaan harus dihadapi dgn pelahan dan tenang
berdoa agar jodoh kita dekat dan semakin dekat
amin! 

p/s: mood nk tulis blog balik sbb baru lepas isi borang kursus kahwen.
dah my BF tension bila baca paper hari nih penuh dgn org org kahwen.
dia AJAK KAHWEN utk kali ke berapa puluh kali gamaknya.
semuanya dia postpone oleh aku. 
haruslah bersabaq. 
I'M NOT READY MY DEAR :)
But INSYAAA ALLAH sayang.
kalau ada jodoh tak kemana kan?
so byk byk berdoa.
:)


nak tak nak kahwen KAMI dah decide baju time kahwen nnt. plan dari awai kan?
ahak semangat je kan awk nih :p
cantik kan? so nk warna pink belacan. 

Doakan agar jodoh KAMI cpt. Amin :)

love 
ITAshinoda





Wednesday, September 5, 2012

IFTAR Ramadhan 2012 :)

Assalamualaikum :)
salam Ramadhan ^_^
sebut pasai Ramadhan.... kali nih tak terasa dh nk raya.
dulu masa kecik kecik nk tunggu berbuka tu terasa lama tak terkira
sekarang dah besaq nih. Ya Allah sat ja masa berlalu
rasa sedih pulak nk tinggal Ramadhan kali nih
tup tup next week dah raya. tp hati sayu ja
excited nk raya dah tak rasa maybe aku pon dah berusia eh tp tak la tua sgt
tahun nih pon berpuasa tanpa adeq yg sorg tu. 
dia dah melanjutkan pelajaran ke IPTA.
sat kan dh besaq adk aku sorg nih
di sbbkan beliau tiada di rumah ramadhan nih sunyi tanpa
bunyi bunyi mercun yang bising tu.

Alhamdulillah dpt berpuasa dan bertraweh di rumah selama sebulan.
kuih raya pon boleh buat byk jenis. sbb puasa dkt rumah kan?
oh yaa aku ada berbuka dgn my belove friends!
mcm menjadi adab turun temurun tau kami nih akn wat gathering bersama sama
comei kan kan kami? walaupon jrang berjmpa tp kalau dh jmpa mcm adk beradik
boleh sgt la nk ckp mcm "aur dgn tebing" dan
" bagai air yg di cincang tak akn putuss"
amboi kelas bahasa melayu pulak aku nih =.="

so lets see all the pictures!
becoz aku suka caption picture! :p

bermula lah kisah mengambil gambaq. rutin dan menjadi perkara wajib kalau berjumpa.
ahak! kelas kau afif! eh afif nih kwn aku masa dari form4.
bole kenai sbb perangai dia yg sgt cool dan bole 1 kepala la kiranya dan yg penting skali
bole bergossip! :D

so photo utk salam perantau pon bermula lah!
walaupon zaid tiada dlm nih...gmbaq nih tetap  mnjadi manis sgt!
semua senyum MANIS dan ready!
u oll sgt HEBAT!
zaid adalah tukaq ambik gmbaq. eh dia bukan di upah oleh kami tp dia adalah kwn kami! ahak!

yg pinky itu RONEZA
yg comei besSHAWL  itu NORAINI
yg manis itu ZULAILI
yg tinggi lampai itu ZIEYRA
meraka adalah kwn aku dari skolah. ada dari skolah rendah lagi tau.
semua nih berjaya dgn kerjaya masing masing,
sgt kecoh dan paling penting sangat cantik!
well kwn aku semua cantik mcm aku. #EH! :p

ini pulak ANISAH manis kan? tp dah tak boleh nak ngorat sbb dh jdi tunangan org!
hehehehe. kalo nak ngorat aku boleh la. :p
kwn baik sgt sgt! dari form 1 smpai skunk.
sbb dia sgt la open minded dan sgt riuh kan.
hope kekal sampai akhir hayat :)
Amin!

Noraini wif bodyguardnya!
si berBIRu asyraf. sgt best bila bersembang dgn beliau sbb mesti akan gelak dan gelak ja!
best sgt cool dan byk berckp! I like!
si KACAK Izrul. aku kenai dia dari form4
byk gosip. dia dari kelas sebelah aku dulu.
kalau cikgu tak ada dlm kelas mesti akn muncul lepak dkt meja aku.
apa lagi sembang sampai tak ingat lah!
rindu sgt moment tuewww T_T 


we all together WITHOUT zaid! hehehe
dan anisah di belakang sgt kecil. sila zoom kwn kwn :p

TADAAAA! nah gmbaq with zaid.
sweet sgt
ala ala pre wedding dua couple!
*sgt berangan aku nih =.="
tiba la masa yg di tunggu tunggu! majlis berbuka puasa bersama kengkawan!
haaa " aku nk ayaq jus oren" refer gmbaq :p

serta muka mereka sgt ceria DAN aku sgt tak tahan tgk lauk yg tak sabaq nk mkn.
kekekeke
Bismillah~

finally muka semua kenyang! Alhamdulillah!
we are familly
anisah sedang mengambil gambaq dan ABU ilang ntah ke mana :p



so sgt sgt sori sbb baru post. masa dan kemalasan nk menaip serta mengedit.
taipnya dh lma just nk edit ja malas. so terpost lepas raya. kekeke
so salam Aidilfitri dan merdeka dari
cik Ita
muuuaaahh!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...